Uni Mandiri

Uni Mandiri

Usaha Perabotan (Uni Mandiri)

SELAMAT DATANG !!! di Usaha Perabotan (Uni Mandiri), disini Usaha Perabotan (Uni Mandiri) Menjual / Menyediakan Segala Macam Kebutuhan Rumah Tangga dan memenuhi Kebutuhan Kantor
Nikmatilah kemudahan Akses Berbelanja di Uni Mandiri Group Untuk Lebih Lengkap Kunjungi www.4aray.blogspot.com Semua Produk terbaru kami update setiap saat

Senin, 01 Desember 2014

Apa ada pada Produk Berbahan Bone China ?

Apa ada pada Bone China?

"Bone China" ialah sejenis pinggan mangkuk porcelain yang dikategorikan mahal dan klasik. Porcelain ialah barangan seramik yang mana penciptaannya telah dipelopori oleh Negara China sejak daripada kurun ke 7 lagi.
Ini menyebabkan barangan porcelain ini dipanggil dengan gelaran "china". Malah "fine china" ditujukan kepada barangan seramik yang menggunakan tanah liat khas yang dipanggil "china clay" walaupun tanah liat ini dikorek di Amerika Syarikat.

Bone china dicipta oleh seorang Inggeris bernama Josiah Spode pada kurun ke 18. Perbezaan bone china dengan fine china yang lain ialah ramuan abu tulang haiwan ke dalam ramuan penciptaan bone china. Komposisi ramuan tersebut ialah 50% abu tulang, 25% china clay dan 25% china stone. Pada asalnya, abu tulang yang digunakan oleh Josiah berasal daripada seladang (ox). Abu tulang ini yang menjadikan warna china bone putih dan mempunyai tahap kekerasan yang tinggi.

Setelah banyak pembacaan di dalam internet, saya dapati abu tulang seladang adalah hanya salah satu daripada tulang-tulang binatang yang digunakan. Terdapat banyak lagi jenis tulang binatang seperti unta, kuda, lembu, llama dan juga.....babi. Tetapi bagaimana untuk membezakan tulang babi dengan binatang-binatang yang lain?

The bone ash used to make particular china may not have been made from hog bones. Most large china companies specify that the bone ash not contain hog bones. However, from my experience in the industry, most bone ash suppliers can not always guarantee that some hog bones might creep into their process.
Bagaimana ingin diketahui samada ia adalah barang porcelain jenis bone china? Bone china bewarna putih seputihnya. Oleh kerana ia diperbuat daripada abu tulang, maka ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda disebalik pinggan bone china jika diletakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan bone china dan tidak eksklusif seperti dahulu. Maka ini menjadikan proses untukmengenal halal-haram di dalam penghasilan bone china menjadi sukar. Cara yang paling mudah adalah untuk mengelakkannya.

Tidak ada komentar: